Minggu, 05 Agustus 2012

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Jika ditanya pada golongan lelaki adakah mereka impikan untuk memiliki wanita yang solehah sudah pasti semuanya akan berkata YA. Walau sejahat manapun lelaki tersebut pasti ia akan mengimpikan wanita yang solehah untuk dijadikan sebagai teman sehidup semati.

Sama juga seperti golongan wanita. Jika ditanya juga pada golongan wanita adakah mereka impikan untuk sehidup semati dengan lelaki yang soleh pasti semuanya akan berkata YA.

Siapa pula yang inginkan lelaki atau wanita yang tidak soleh dan solehah? Untuk mengecapi hubungan bahagia yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sebenarnya setiap pasangan itu perlulah tahu tanggungjawab masing2.

Berikut adalah antara ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki,,

1. Mencintai Allah dan Rasul,
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain. Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::

“Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.Termasuk mencintai Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam ialah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara, Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

“Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani” (surah Ali Imran:31)

2. Mentaati Ibu Bapa,,
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

“Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa” (surah al-Israk:23)

Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf,,
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: bersabda,

“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya” (Riwayat al-Tirmizi hasan sahih)

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga,,
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::

“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. (Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah)

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam::

“Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya” (Fath al-Bari, Kitab al-Nikah)

5. Berhias untuk suami,,
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan :

“ Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu" (Riwayat Ahmad)

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam,,
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah,Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raaf:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan,,
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah,,
Seseorang itu dinilai mengikut kawan2 yang rapat dengannya. Jika kawan2nya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam: :
“Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih)

Jadi, pada golongan wanita disana jagalah penampilan dan keperibadianmu sebagai wanita solehah. Anda bukan sahaja akan disenangi oleh suami anda bahkan anda juga akan disenangi dan dikasihi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allah sukakan hambanya yang menjaga dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Nya. Jadilah wanita solehah. Pasti hubungan yang anda bina berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

duhai muslimah

Pesonamu bagaikan cahaya..Memberi aroma penyemangat bagi hati yang lelah di gerus dunia..Memberi aliran senyuman bagi penyejuk dahaga..Memberi semangkuk do’a agar raga tetap berdiri dengan teguh karena-Nya..

Duhai muslima
h..kau elok dengan balutan hijabmu..kau manis dengan rangkaian kerja nyatamu..kau mempesona dengan siraman tilawahmu..kau memang makhluk-Nya yang mampu membuat bidadari cemburu…

Duhai muslimah..Tetaplah jaga amalmu hanya karena-Nya..Amal yang engkau beri sebagai bentuk syukur dan sabarmu pada-Nya..

Syukur atas nikmat dari-Nya..Dan sabar dalam melalui segala ujian dari-Nya…

Duhai muslimah..teruslah berkarya dengan apa yang kau punya..hingga tiba masa yang telah ditetapkan-Nya..dan engkau pun bahagia menerima segala ketentuan-Nya..dan semoga itu semua jadi saksi di hadapan-Nya..karena Engkaulah Muslimah pejuang cinta di jalan-Nya..

Pesona Kecantikan Wanita

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat saudaraku fillah..pada umumnya pria menilai wanita pertama kali dari fisiknya walaupun berbeda cara pandang dalam menilai sisi kecantikannya. Sesungguhnya pesona kecantikan fisik wanita tergantung pada keahliannya merawat wajah dan tubuh. Wajah dan tubuh yang biasa pun akan tampak indah dan memiliki pesona tersendiri jika dirawat dengan tepat . Selain itu faktor pakaian pun dapat menambah kecantikan fisik seseorang. Wanita yang berpakaian sopan ,menutup aurat , bersih, rapi dan serasi akan tampak lebih indah bagi pemakainya.

Namun sebagian pria tidak memandang keindahan wanita dari fisik semata. Mereka lebih menghargai kecantikan kepribadian yang melekat pada dirinya. Kepribadian ini meliputi akhlaq yang mulia, setia ,jujur, pengertian, tanggung jawab, terbuka dan wawasan yang luas. Dalam mengarungi bahtera rumah tangga peran kepribadian ini amatlah berharga. Tanpa memiliki kepribadian yang baik maka rumah tangga akan mudah terguncang. Sementara kecantikan fisik walau memang sangat diperlukan namun saat-saat tertentu tak banyak berarti jika usia telah senja dimana kecantikan fisik telah memudar apalagi jika tak pandai merawatnya.

Oleh karena itu tertarik kepada wanita untuk dijadikan pendamping hidup akan menyelamatkan masa depan jika mempertimbangkan faktor kepribadian bukan hanya keindahan fisik semata. Jika mengacu kepada nilai Islam maka wanita yang layak untuk dijadikan calon pasangan adalah dari segi agama karena akan membawa keselamatan baik di dunia dan di akhirat. Saudaraku, mari kita renungkan :

“ Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah wanita yang memiliki agama pasti kamu beruntung.”( HR.Bukhari –Muslim).

“ Setelah ketaqwaan, tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi sorang laki-laki daripada istri sholehah. Jika dilihat menyenangkan,jika disuruh patuh, jika diberi berterimakasih, jika ditinggalkan menjaga diri dan hartanya.” ( HR. Ibnu Majah ).

Saudaraku..berhati-hatilah terhadap karunia kecantikan. Banyak wanita yang menderita karena menyia-nyiakan kecantikan dan banyak pria yang kecewa karena terpedaya oleh pesona kecantikan wanita yang sementara. Semoga kita mampu merawat dan menjaganya agar pesona keindahan tetap terpelihara .

merindu imam yang sholeh

Kami adalah seorang wanita
Wanita yang mendamba suami yang soleh
Ketika krisis akhlaq melanda kami
Aku ingin engkaulah yg jadi pelurus kami
Bukan malah makin menjatuhkan kami.
Kami adalah wanita yang ingin belajar menjadi wanita solehah
Kami merindukan imam yang soleh untuk mendampingi hidup kami
Biarkan kau jadi atapnya,kami jadi bumi agar kau senantiasa dapat melindungi kami dikala panas menyengat dan hujan membasahi bumi.
Aku sangat berharap kau mempersunting kami dengan sejuta KEIMANAN dan KETAQWAANmu kepada ALLAH SWT
Miliki kami dengan cara yang halal wahai lelaki penyejuk hati.
Jangan biarkan kami terperosok pada jalan yang tak diridhoi.

Jadilah sosok lelaki yang kami damba dan setia
Pembawaanmu begitu tenang
Diammu penuh taqwa serta keimanan
Bicaramu penuh bijaksana dan kejujuran
Pedulimu penuh kasih sayang dan kecintaan
Akhlaqmu begitu mencerminkan kebaikan dan kelembutan
Senyumanmu penuh Kedermawanan.

Subhanallah
Senyum Istiqamah

#lyrik opick "Andai waktu memangggil...

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali
Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa
Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati ‘kan memohon di kemahaan-Mu
Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu ‘kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta

kata hatiku ^_^

semilirnya angin di waktu senja..
tersungkurnya tubuhku dalam balutan lumpur dosa..
kerintihan dalam hati yang kurasa..
butiran air matapun membasahi sajadah malamku..
kekhilafan yang tlah kulakukan..
hati nipun merindu akan hakikat cintaMU..
keangungan cintaMU..
apalah daya diriku ini??
hanyalah makhluk yang lemah..
ku merindu akan pelukanMU..
kasih sayangMU..
sentuhan lembutMU...
hati nipun terasa melemah..
merindu akan nutrisi" indahMU..

berjalannya waktu..
ku merasakan kehadiranMU..
yang dapat menenangkan jiwa ini..
ku tak sanggup akan semua ini..
tapi,, Engkau pun selalu membuatku bertahan nan mampu melewatinya..
membuatku tersenyum..hatipun tenang..setenang air yang mengalir..
memberikan kesejukkan dalam jiwa ini...terdengan alunan ayat suci alQuran yang mampu membasahi hatiku..
apalah daya diriku ini??

Engkau yang memberikan ini semuanya..
ku percaya Engkau memberikan ini tak lebihnya dari kemampuan hambamu ini..
sekian kalinya ku kembalikan lagi padaMU ya Rabbi..
cukuplah sampai di sini...
Engkaulah genggamanku...tuk menjaganya..
Engkaulah penjagaanku tuk semuanya..
hanya dalam bait" doa...butiran" tasbih yang kupanjatkan padaMU....di setiap malamku...
ku lakukan semua tuk mejaga hubunganku pada Sang Kekasihku...
tuk menjaga kemurnian akan CintaNYA,,
tuk menjaga akan kesucian cintaNYA,,
tanpa ternodai sedikitpun yang belum halal bagiku..
kecintaanku padaMU inilah yang murni dan hakiki..
sehingga hati nipun selalu terpaut akanMU..
semuanya hanyalah ada pada genggamanMU..bukan dlm hati.
ku tak ingin menduakanMU..
ku tak ingin membuatMU cemburu...
karena Engkau selalu ada padaku..untukku...
Engkaulah yang memberikan semuanya dan hanya Engkaulah tempat kembali..
bimbinglah hati iniagar selalu dan tetap terpaut olehMU..
jagalah hijabku...imanku..kehormatanku..
perindahkanlah akhlakku...
sinarilah akan cahayaMU padaku..
tegurlah daku bila ku membuatMU cemburu...

Allahu Rabbi....
ku hanyalahmakhluk yang tak sempurna nan lemah...
tiada daya kekuatan tanpa kekuatanMU..
Allahu....Allahu...Allahu...
dalam sanubariku....