Minggu, 05 Agustus 2012

muhasabah diri

kian mengerti
Aku kian mengerti bahawa dunia ini sementara.
Aku kian mengerti bahawa dunia ini luas.

Aku kian mengerti bahawa kehidupan ini sementara.
Aku kian mengerti bahawa manusia itu beraneka ragamnya.

Suka duka dalam kehidupan.
Mungkin sebagai asam garam dalam kehidupan.
Mendidik manusia mengenal akar manusia.
Mungkin juga sekadar perencah berbahaya dalam hidup.
Mungkin juga hanya pewarna sahaja.

Namun perjuangan ini.
Bukanlah apa-apa.
Bukanlah mana-mana.
Bukanlah siapa-siapa.
Yang penting perjuangan dalam kehidupan ini ialah.
"Siapa aku dalam dunia ini?"

Aku kian mengerti hakikat diri.
Peranan dalam kehidupan.
Aku sudah semakin mengerti dunia ini.
Sekadar singgahsana sementara.
Menuju singgah sana yang abadi.
Di akhirat nanti

Tidak ada komentar:

Posting Komentar